Aug 21, 2010

Masjid Beijing D Rantau Panjang, Kelantan


DI PANDANG dari jauh seumpama tokong Cina.

  • ATAP/BUMBUNG :
          Bentuk atapnya yang melentik di bahagian hujung betul-betul seperti tokong. Dari jauh bangunan unik itu sudah kelihatan. Terdapat tujuh bumbung melentik seumpama itu. Tambahan pula warna merah dicatkan di bingkai kayu di bawah atap. Warna terang tersebut juga dilihat di tokong-tokong Cina. Atapnya berwarna hijau tua dan dinding masjid kekuningan. Kaum Tionghua meluah rasa terharu apabila terpandang binaan masjid tersebut.
  • MENARA :
          Perbezaan di antara tokong dan masjid ialah menara. Menara yang diukir di atasnya seperti serban seorang lelaki. Ia dapat dilihat dari jauh.
  • REKABENTUK :
Mereka mengakui keunikan reka bentuknya tidak pernah disaksikan di negara ini melainkan di China.

 Apabila anda memasuki ke ruang solat, ramai yang terpegun. Seni ukuran hasil kerja tangan pengukir dari Uzbekistan cukup mengagumkan. Warna biru muda dan kuning dengan ukiran Timur Tengah tidak puas mata memandang.

 Begitu juga mimbar khutbah, sekali lagi terserlah senibina Cina hasil kerja tangan tukang tempatan.

 Seorang pelancong Tionghua dari Ipoh berani mengatakan suatu pemikiran baru berjaya dilahirkan di Kelantan.

 Perletakan batu asas pembinaan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra disempunakan Sultan Kelantan pada 2004. Selepas enam tahun kemudian masjid tersebut ia berdiri megah di tapak bekas sawah padi seluas lebih tiga ekar. Kedudukannya tidak jauh dari pekan Rantau Panjang.

 Sawah tersebut telah ditambun sehingga ke paras kepala. Kerja-kerja menambun mengambil masa agak lama. Di atas tanah itulah didirikan masjid tersebut yang lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di kalangan penduduk tempatan.

 Kini makin popular pekan Rantau Panjang sebagai destinasi pelancongan utama di Kelantan.

Masjid Beijing dilengkapi dengan bilik rawatan, dua kelas fardhu ain, enam unit kedai, dewan makan, perpustakaan dan parkir yang luas.




















.